Tuesday 4 September 2012

selagi aku mampu.

hmmm. tak tahu macam mana nak mula. tak boleh nak simpan terus dalam hati. biar dah 2 tahun berlalu, tapi aku masih rasa sedih itu. kesedihan itulah menyebabkan aku menjadi insan yang lain. senang orang bagi nasihat tapi tak mudah bagi aku yang tanggung semua ini.

apa yang aku harapkan?? tak.. aku perlu berusaha untuk jadi yang sebaik mungkin supaya akan bertemu dengan semua yang baik2. siapa kata aku tak cemburu? sumpah! aku cemburu. tapi apa daya ku?? tak ada. hanya bergantung dan terus berharap pada Alla SWT untuk tentukan takdirku.


Sunday 26 August 2012

nanti kau mengerti


memang kadang kala 
tindakan dan kata-kata zyla,
dalam menegur
mungkin agak kasar 
dan macam zyla aje yang betul

memang
sakit dan perit bila hadapi kenyataan
memang
malu sendiri bila kita yang buat salah dan tahu itu memang salah.

memang 
zyla bukan sempurna 
dan kamu juga
tapi kau juga perlu ingat 
zyla pun tak sempurna mana
tapi sekarang zyla dah rasa mula lega
sebab
dalam zyla memberi pahitnya kenyataan, teguran dan tindakan itu

satu hari nanti zyla yakin
tatkala sahabat itu melihat dirinya sendiri
dia akan merasa lega 
dan sedar manisnya segala apa yang zyla katakan selama ini

sahabat,
sedikit pun zyla tak ambil hati
atas apa jua yang awak buat
tak..

sebab zyla tahu
semua kita tak sempurna
dan sekarang yang awak lihat adalah kekurangan zyla
yang telah menyempurnakan hidupmu

semoga kau menjadi yang solehah dan manis
dalam menutup auratmu
tahniah sahabatku!

Saturday 25 August 2012

cinta anugerah Allah SWT.

memang cinta itu amat indah ,

seringkali buat aku tersenyum sendiri tanpa sebab,

rasanya seperti apa?

ya, dunia ini kita yang punya.

memandang wajahnya, mendengar suaranya, berada disisinya,

membuatkan akulah gadis paling bahagia dan gembira disaat itu.

dalam rasa cinta yang membara,

kami menyulam kasih, cinta dan rindu,

juga kami tanamkan segala impian, cita-cita dan matlamat bersama,

biarpun berjauhan

aku berasa sungguh selamat,

biarlah hanya boleh mendengar suaranya 
sudah cukup membuatkan aku terus bersemangat!

hebatnya CINTA!

YA Allah, sungguh kami  alpha. 

tanpa restu,
kerana perbezaan umur,
kerana silap sendiri,

semua ikatan itu,
terlerai tanpa bicara
sehingga hari ini

dia sendiri tidak mampu mengucapkan

" aku lepaskan kamu"

tak pernah aku dengar sehingga kini,

TAPI!

aku harus bangkit!
ya bangkit!

demi aku dan dia!

perpisahan tanpa rela!
mungkin bukan ini JODOH kami,

biarlah orang luar
menunjukkan kepada aku seribu satu keburukan tentang dia,
maaflah..
semua itu tidak bisa membuatkan hati aku membencinya 
TIDAK SESEKALI AKU MEMBENCINYA!

kerana kecewa ini,
aku pendam dan aku simpan kemas dalam hati,
aku bertatih tanpa dia disisi,
biar banyak kali aku jatuh

biar juga banyak hati yang telah aku lukakan setiap kali aku menyebut namanya,

mengapa??
sebab dia tidak pernah mengajar aku erti kalah!
erti putus asa!
Dia juga tidak pernah mengajar aku 
untuk membencinya
tidak pernah!
mengapa perlu kamu bertanyakan kepadaku
mengapa harus aku mengenangnya sebagai 
Adam yang baik???

ketahuilah, Dialah yang Allah SWT takdirkan untuk muncul dalam hidupku
walau sementara ,
untuk memberi aku
satu kekuatan 
untuk terus kuat apabila hati ini terluka.

ya, 
dia telah menjadi milik seseorang saat ini.
bahagia kah dia?
Insya Allah,
dia tunaikan tanggungjawabnya
dia jadikan kehidupannya 
sebaik-baik yang mungkin
dia menjadi Imam
dia berhak untuk kebahagian itu. 

jangan kita pandang seseorang atas kesalahan yang mereka pernah lakukan pada kita
tapi ingatlah kebaikan mereka walau hanya sedikit yang telah mereka bagi kepada kita
itu pesan bondaku.

kerana perpisahan ini,
sehingga saat ini,
Allah SWT belum pertemukan kami
Pencipta kita tahu
hati aku belum terus kuat
untuk melihatnya kembali

semoga rasa yang semakin hilang ini,
akan segar kembali

kenapa perasaan sayangku kepada dia pudar?
sedangkan hati ini dulu amat mencintai dia?

sebabnya Allah SWT tak benarkan kami bersama.
Allah telah pertemukan dia kepada Hawanya
dan Allah ingin aku menanti Adam ku yang sebenarnya.

mudah kalau kita pujuk hati kita begini
bukannya terus membenci atau berdendam
tak kisah apa orang katakan jangan terus mendengar

tapi itu terpulang kepada dia
kalau dia pernah ajar kita untuk membenci dia
mendidik kita untuk cepat berdendam kepadanya
maka hari ini jika kita kecewa kerana dia
esok juga kita terus membencinya
berdendam dengannya

ketahuilah
dalam aku sedaya upaya 
bangkit semula,
nasihat dialah yang menjadi kekuatanku,

Allah SWT sentiasa berikan kita kekecewaan hari ini,
kerana Allah nak jadikan kita manusia paling gembira esok hari nya
mengapa
sebab Allah akan menjadi lebih sayang kepada kita
yang redha dan sabar dengan ujiannya


selagi kita hidup di dunia ini,
dugaan itu tidak akan pernah berhenti
redhalah dan bersabarlah
kerana di sana nanti
kita akan senang kerana dugaan hari ini.




suasana baru

assalammualaikum...

ni blog kedua zyla. zyla teringin nak mulakan dengan sesuatu yang baru. Sakura Puteri tu macam semak pulak kat mata zyla. atau zyla boleh jadikan blog ni untuk luahan yang lebih kepada isi hati yang sebenar kot. atau koleksi-koleksi kata-kata hikmah, karya dan gambr sakura. tu jelah nak cakap.

Qaseh 2





Kegembiraan ibarat semburan pewangi,
apabila kita memakainya
semua akan dapat merasa keharumannya

oleh itu berikanlah 
walau secebis kegembiraan 
yang anda miliki itu kepada teman anda. 

Thursday 23 August 2012

qaseh 1















✿~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

✿~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..

✿~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.

✿~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

p/s : Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..♥