Saturday 25 August 2012

cinta anugerah Allah SWT.

memang cinta itu amat indah ,

seringkali buat aku tersenyum sendiri tanpa sebab,

rasanya seperti apa?

ya, dunia ini kita yang punya.

memandang wajahnya, mendengar suaranya, berada disisinya,

membuatkan akulah gadis paling bahagia dan gembira disaat itu.

dalam rasa cinta yang membara,

kami menyulam kasih, cinta dan rindu,

juga kami tanamkan segala impian, cita-cita dan matlamat bersama,

biarpun berjauhan

aku berasa sungguh selamat,

biarlah hanya boleh mendengar suaranya 
sudah cukup membuatkan aku terus bersemangat!

hebatnya CINTA!

YA Allah, sungguh kami  alpha. 

tanpa restu,
kerana perbezaan umur,
kerana silap sendiri,

semua ikatan itu,
terlerai tanpa bicara
sehingga hari ini

dia sendiri tidak mampu mengucapkan

" aku lepaskan kamu"

tak pernah aku dengar sehingga kini,

TAPI!

aku harus bangkit!
ya bangkit!

demi aku dan dia!

perpisahan tanpa rela!
mungkin bukan ini JODOH kami,

biarlah orang luar
menunjukkan kepada aku seribu satu keburukan tentang dia,
maaflah..
semua itu tidak bisa membuatkan hati aku membencinya 
TIDAK SESEKALI AKU MEMBENCINYA!

kerana kecewa ini,
aku pendam dan aku simpan kemas dalam hati,
aku bertatih tanpa dia disisi,
biar banyak kali aku jatuh

biar juga banyak hati yang telah aku lukakan setiap kali aku menyebut namanya,

mengapa??
sebab dia tidak pernah mengajar aku erti kalah!
erti putus asa!
Dia juga tidak pernah mengajar aku 
untuk membencinya
tidak pernah!
mengapa perlu kamu bertanyakan kepadaku
mengapa harus aku mengenangnya sebagai 
Adam yang baik???

ketahuilah, Dialah yang Allah SWT takdirkan untuk muncul dalam hidupku
walau sementara ,
untuk memberi aku
satu kekuatan 
untuk terus kuat apabila hati ini terluka.

ya, 
dia telah menjadi milik seseorang saat ini.
bahagia kah dia?
Insya Allah,
dia tunaikan tanggungjawabnya
dia jadikan kehidupannya 
sebaik-baik yang mungkin
dia menjadi Imam
dia berhak untuk kebahagian itu. 

jangan kita pandang seseorang atas kesalahan yang mereka pernah lakukan pada kita
tapi ingatlah kebaikan mereka walau hanya sedikit yang telah mereka bagi kepada kita
itu pesan bondaku.

kerana perpisahan ini,
sehingga saat ini,
Allah SWT belum pertemukan kami
Pencipta kita tahu
hati aku belum terus kuat
untuk melihatnya kembali

semoga rasa yang semakin hilang ini,
akan segar kembali

kenapa perasaan sayangku kepada dia pudar?
sedangkan hati ini dulu amat mencintai dia?

sebabnya Allah SWT tak benarkan kami bersama.
Allah telah pertemukan dia kepada Hawanya
dan Allah ingin aku menanti Adam ku yang sebenarnya.

mudah kalau kita pujuk hati kita begini
bukannya terus membenci atau berdendam
tak kisah apa orang katakan jangan terus mendengar

tapi itu terpulang kepada dia
kalau dia pernah ajar kita untuk membenci dia
mendidik kita untuk cepat berdendam kepadanya
maka hari ini jika kita kecewa kerana dia
esok juga kita terus membencinya
berdendam dengannya

ketahuilah
dalam aku sedaya upaya 
bangkit semula,
nasihat dialah yang menjadi kekuatanku,

Allah SWT sentiasa berikan kita kekecewaan hari ini,
kerana Allah nak jadikan kita manusia paling gembira esok hari nya
mengapa
sebab Allah akan menjadi lebih sayang kepada kita
yang redha dan sabar dengan ujiannya


selagi kita hidup di dunia ini,
dugaan itu tidak akan pernah berhenti
redhalah dan bersabarlah
kerana di sana nanti
kita akan senang kerana dugaan hari ini.




No comments:

Post a Comment